#thethings

..Assalamualaikum..

currently i'll not create any new post/story..no more.. :( 
this blog will only focus to our running business only  :


2. Photography by Pancaran Media 
(latest and fast respond just type Pancaran Media @ Facebook)

3. Kayu&Dinding
(..upcoming..)

SEWA MINI PELAMIN MURAH 2016

ASSALAMUALAIKUM...

awak..sedang mencari Mini Pelamin simple tapi nice..?
sewa la dgn kami.. konsepnya D.I.Y [do it yourself]
but don't worry.. 
semudah A B C je nak pasang..seriuss..

scroll down and find out our best and simple package :)
check it out.. :)

SEWA MINI PELAMIN
sesuai untuk B2B yang suka simple, sweet tapi still under ur budget....

1. 2 jambang bunga besar ( kiri kanan ) : RM 30
2. 2 white box/ kotak putih ( kiri kanan ) : RM 5
3. 6 bj Bantal comel pink,babyblue,green: RM 20
4. 6-8 pcs artificial grass (belakang pagar): RM 10
5. 5 pcs pagar putih comel ( belakang ) : RM 20
6.  Spotlight  (belakang) : RM 30
7. 2 1/2 meter kain bulu ( alas pelamin ) : RM 30
8. Kain backdrop ( putih) : RM 10

eehh..ehh..ni pakej yang mula-mula dulu..tahun 2012..
 scroll lg bawah.. :) 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
TAMAT SUDAH UNTUK TAHUN 2012
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG SUDI SEWA MINI PELAMIN DIY..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

TAMAT SUDAH UNTUK TAHUN 2013
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG SUDI SEWA MINI PELAMIN DIY..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

TAMAT SUDAH UNTUK TAHUN 2014
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG SUDI SEWA MINI PELAMIN DIY..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

TAMAT SUDAH UNTUK TAHUN 2015
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG SUDI SEWA MINI PELAMIN DIY..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

UPDATE!!! TERBARU...!!!
KHAS UNTUK TAHUN 2016...!!


Pakej A (RM150.00) 

*Pakej ini terhad kepada 2 SET setiap minggu
1.  Jambangan bunga besar : RM 30/Sepasang
       (Boleh Request Warna) *bergantung kepada stok simpanan kami


2.  Bantal Kecil : RM 20/6Pcs
3.  Squre Artificial grass : RM 10/4Pcs
4.  Spotlight : RM 40/Sepasang
5.  Kain bulu (Alas Pelamin ) : RM 30/3Meter
6.  Dawai Langsir + Kain backdrop Putih/Cream : RM 10/Set

7.  Bantal Ottomon : RM50/1Pcs

8.  White box/ kotak putih (saiz : 1'x1'x1') : RM 20/Sepasang

9.  Flower with Stand (Height : 0.7m) : RM20/Sepasang


       (Boleh Request Warna) *bergantung kepada stok simpanan kami



Pakej B (RM200.00) 

*Pakej ini terhad kepada 3 SET setiap minggu
1.   Jambangan bunga besar : RM 30/Sepasang
         (Boleh Request Warna) *bergantung kepada stok simpanan kami


2.   Bantal Kecil : RM 20/6Pcs
3.   Squre Artificial grass : RM 10/4Pcs
4.   Spotlight : RM 40/Sepasang
5.   Kain bulu (Alas Pelamin ) : RM 30/3Meter
6.   Bantal Ottomon : RM50/1Pcs
 

7.   White box/ kotak putih (saiz : 1'x1'x1') : RM 20/Sepasang

8.   Flower with Stand (Height : 0.7m) : RM20/Sepasang
        (Boleh Request Warna) *bergantung kepada stok simpanan kami
9.   

Jetset + Kain Backdrop Putih : RM50/Set + Extra 
      Kain Backdrop 
       (Boleh Request Warna) *bergantung kepada stok simpanan kami



Pakej C (RM250.00) 

*Pakej ini cuma terhad kepada 1 SET setiap minggu
1.   Jambangan bunga besar : RM 30/Sepasang
        (Boleh Request Warna) *bergantung kepada stok simpanan kami


2.   Bantal Kecil : RM 20/6Pcs
3.   Squre Artificial grass : RM 10/4Pcs
4.   Spotlight : RM 40/Sepasang
5.   Kain bulu (Alas Pelamin ) : RM 30/3Meter
6.   Bantal Ottomon : RM50/1Pcs

7.   White box/ kotak putih (saiz : 1'x1'x1') : RM 20/Sepasang
8.   Flower with Stand (Height : 0.7m) : RM20/Sepasang
9.   Jetset + Kain Backdrop Putih/Cream : RM50/Set + Extra 
      Kain Backdrop 
       (Boleh Request Warna) *bergantung kepada stok simpanan kami


10. Stage (4'X4') : RM50 
       *ad 2 panel so mudah untuk masuk dalam kereta/mpv/4WD

..Koleksi Gambar..
(gambar mini pelamin DIY yang telah dsewa dari rakan penyewa kami)















 











SILA AMBIL PERHATIAN.....
* sebarang penambahan lain seperti kerusi,bunga tangan dll selain dari detail pakej diatas adalah  milik dan kreativiti penyewa tersebut.. tq..

* sewaan hanya PER SET/PER PAKEJ iaitu sama ada set RM150 @ set RM200 @ RM250...kami tak sewa per item..sosorry :( 



BERMINAT UNTUK SEWA ???

~ contact :
menggunakan konsep D.I.Y [do.it.yourself] maksudnya pick-up - pasang - pulang semua dilakukan sendiri oleh anda. 
Pertanyaan @ Booking boleh hubungi :
[ SMS/Whatsapp sahaja]  : +6013 393 2548 (dano)
nyatakan tarikh majlis bagi memudahkan pihak kami untuk semak jadual terkini.

~ payment :
Once da confirm nak sewa set rm150 @ rm200 @ rm250, boleh terus discuss utk payment..dan kami akan lock tarikh tersebut.. pihak kami tidak akan meyimpan sebarang tarikh TANPA CONFORMATION DARI BAKAL PENYEWA (detail akan diberikan kemudian)...

~ pickup point :
Our Mini Workshop di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur berdekatan dengan HUKM, KILANG RAMLY,BHP,CIMB area   (detail akan diberikan kemudian)...

~ tempoh sewaan :
+-1 MINGGU dari tarikh sewaan
* pickup dari hari KHAMIS dan return pada hari ISNIN
* hormati tempoh sewaan ini supaya dapat memudahkan sewaan pada org seterusnya..


eh jap..
nak iklan sikit bawah ni...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
..masih tercari photographer untuk majlis nanti..??
jom intai2 pakej phptography.. dengar cite dorng ni tengah promosi gila-gila..

Facebook : Pancaran Media
Website : Pancaran Media Photographer 
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Psssttt...nak pinjam 3 MINIT boleh...?

Assalamualaikum
lama tak conteng2 blog ni..cuma nak kongsi ni... :)

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus
5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang 
-Ustaz Dasuki Rani
10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.
 #copypaste dari FB

"Ya Allah,Kau tetapkanlah hati dan imanku supaya sentiasa denganMU.."

PhotoG : Pancaran Media


Jadi ISTERI sebenarnya tidak penat JIKA....

Assalamualaikum...

hari ni...suka untuk DN share satu artikal ini yang tidak bersifat pilih kasih @ menuduh kepada satu pihak sahaja.. :) sama-samalah kita berpesan-pesan...

JADI ISTERI SEBENARNYA TIDAK PENAT JIKA....

Senyum & simpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama2 bekerja. Namun kerja rumah dia yg buat dari memasak, membasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak2. Suami tolong sikit2 sahaja. Akhirnya dia jadi penat dan letih. Sampai tak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggi2kan suara pada suami...letih..penat..tension...

Suami kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar.
Isteri kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar.

Bukan ikut budaya Melayu.. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax. Atau isteri buat banyak sgt kerja, suami tolong sikit2...Allah hu Akbar! Lepas tu masam muka pada suami yg hakikatnya Nabi dah cakap org yg masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dgn suaminya kembali...

Sebab tu perempuan yg baik ialah perempuan yg bila suaminya memandang dia, suami dia akan rasa senang & bahagia. Tapi bagaimana nak muka manis kalau bahu asyik terbeban kerja rumah & urus anak tak pernah habis...

Wajib bagi wanita ..
bercantik2 untuk suami,
menyayanginya sepenuh hati,
berlemah lembut padanya,
tidak meninggikan suara,
setia & taat selagi tidak melanggar perintah Allah,
berkata baik padanya.
sentiasa syukur
sentiasa bermanis muka.

Berapa ramai wanita buat kerja rumah macam nak mati, tapi muka amat susah nak manis dgn suami, tengking2 suami, ada pula mood2 hari ni nak bercakap, esok nak diam....ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis2....

JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yg Nabi AJAR.

Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtangga TUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya...
Katanya," Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri sy kata, "abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok"...kita sama2 kerja.

"Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas...Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku.."

Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
-suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn,
-siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri,
-siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

Habis isteri?
Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis.
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt"

kata USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
"Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah), maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil"

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yg Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya....

Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri.
Adilnya Islam bila kita sama2 membantu...sama2 memuliakan antara satu sama lain.

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA..

kredit kepada ~Tinta penulis artikel majalah ANIS~


kau yang namanya A.N.A.K


kau yang namanya A.N.A.K
anak anugerah dari yang Esa..
pengikat kasih ibu dan ayah..

kau yang namanya A.N.A.K
penguat semangat ibu dan ayah..
teruslah membesar..
moga yang Esa sentiasa melindungi dan merahmatimu..

kau yang namanya A.N.A.K
ilham kasih ibu dan ayah..
permata jiwa kami..
terus tenang membesar dalam pelukan ibu dan ayah..

kau yang namanya A.N.A.K







photoG : Pancaran Media

Jenis kontrak




Jenis-jenis kontrak :
a)      Kontrak Lump Sum (Gumpalan)
b)      Kontrak Measure and Value
c)       Kontrak Cost Reimbursement
d)      Kontrak Turnkey

A ) KONTRAK Lump Sum ( Gumpalan )
  • ·         Digunakan bagi projek ‘Cepat Siap’
  • ·         Berdasarkan kepada lukisan dan senarai bahan
  • ·         Terbahagia kepada 2 kategori :

§  Kontrak Fixed Price – Penetapan kerja dan harga tidak boleh diubah
§  Kontrak Firm Price – Boleh berubah harga tetapi tidak mengubah jumlah besar kontrak tersebut

B) KONTRAK Measure and Value
  • · Digunakan bagi projek rahsia seperti penjara dan institusi kewangan
  • ·Ianya mengambil berat factor keselamatan
  • ·Pembinaan dilakukan secara lebih cepat


C) KONTRAK Cost Reimbursement/ Cost Plus
  • · Terbahagia kepada 3 kategori :

§  Wang Kos Prima + Yuran Tetap
§  Wang Kos Prima + Peratus Yuran
§  Wang Kos Prima + Yuran Sasaran
  • · Wang Kos Prima =  Kos Bahan + Kos Pekerja +Kos Peralatan + Alat Sampingan
  • · Yuran ( yang terlibat ) = perbelanjaan pengurusan + keuntungan ( biasanya   dipersetujui dalam bentuk perastusan tambahan keatas kos bahan + kos pekerja + kos peralatan )
  • ·Yuran Sasaran = bayaran tambahan yang dipersetujui oleh kontraktor dan QS dari segi  :

§  Jumlah harga anggaran
§  Bonus @ denda yang perlu dibayar
§  Mutu kerja (menjaga kualiti)
  • ·Sesuai untuk projek yang kompleks, sulit dan Cepat Siap


D) KONTRAK Turnkey
  • ·Klien menyerahkan sepenuhnya tanggungjawap kepada kontraktor
  • ·Biasanya projek pembinaan besar seperti hospital, jambatan dan empangan
  • ·Mengurangkan penglibatan klien secara langsung mengenai hal-hal seperti masalah  teknikal, kecepatan proses dan pengawalan kos pembinaan.


today note,
R&D



up